TAHAP KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Authors

  • Wan Nur Ainna Waheda Binti Rozali KUIPSAS

Keywords:

kesihatan mental, kanak-kanak, prasekolah

Abstract

Mengetahui tahap kesihatan mental terutamanya dalam kalangan kanak-kanak masa kini amat penting sebagai langkah awal sebelum merangka program intervensi yang sesuai untuk golongan ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental dalam kalangan kanak- kanak prasekolah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel kajian yang terlibat adalah 70 orang kanak-kanak prasekolah dari dua buah sekolah di Bandar Peramu, Pekan. Instrumen bagi kajian ini adalah borang soal selidik Kekuatan dan Kesusahan (SDQ-Mal) versi guru yang mengandungi lima aspek iaitu emotional symptom, conduct problems, hyperactivity/inattention, peer relationship problems, prosocial behaviour. Data kajian dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan menggunakan analisis deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan skor minima yang diperolehi oleh kanak-kanak adalah 5 dan skor maksima pula 34. Bagi min jumlah kesihatan mental yang diperoleh oleh 70 orang kanak-kanak prasekolah di Bandar Peramu, Pekan, M = 12.34 manakala sisihan piawai, SP = 8.118. Min dapatan ini menunjukkan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Bandar Peramu, Pekan berada pada tahap pertengahan iaitu kanak-kanak mempunyai risiko mengalami masalah kesihatan mental yang lebih teruk jika tidak dibantu oleh keluarga dan guru dalam menghadapi kehidupan seharian. Kajian ini memberi implikasi kepada ibu bapa serta guru dalam membantu kanak-kanak memastikan kanak-kanak berada dalam tahap kesihatan mental yang baik.

Downloads

Published

2021-03-18