KRITIKAN ISLAM LIBERAL TERHADAP PENTAFSIRAN AL-QURAN: TUMPUAN ISU TERHADAP AYAT 256, SURAH AL-BAQARAH

Authors

  • Abu Dzar Ahmad KUIPSAS
  • Nik Ahmad Mumtaz Nik Din KUIPSAS

Keywords:

Islam Liberal, pentafsiran al-Quran, scepticisme, ayat 256 surah al-Baqarah

Abstract

Kritikan Islam Liberal terhadap pentafsiran ayat-ayat al-Quran menyimpang daripada tafsiran para ulama. Karya-karya tafsir klasik yang asal dalam kerangka metodologi Tafsir bi al-Ma’thur dan al-Ra’yi diolah dan dirobek mengikut pandangan yang tersasar. Pendukung Islam Liberal mempunyai tafsiran yang memperkenalkan falsafah Barat dengan beberapa elemen iaitu Scepticisme dan Criticisme. Pentafsiran mereka melibatkan pelbagai kaedah kontemporari yang menghasilkan pandangan berbeza serta kritikan dan persoalan yang ditimbulkan termasuk metode para ulama tradisional. Oleh itu, satu kajian tidak ketara menggunakan kaedah deskriptif merungkai kritikan yang mendominasi pendukung Islam Liberal terhadap tumpuan satu ayat 256 dalam surah al-Baqarah dilihat sebagai isu utama kecenderungan mereka menterjemahkannya secara re-interpret. Oleh itu, pentafsiran al-Quran wajar selari dengan kehendak wahyu berdasarkan aturan dan persekitaran bukan mengikut zaman dan gagasan yang melakukan pentafsiran semula al-Quran.

Downloads

Published

2021-03-18