Jurnal Al-Haady https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady en-US Thu, 18 Mar 2021 12:20:05 +0800 OJS 3.2.1.1 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 DOA VALET: HUKUM DAN PERBAHASAN https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/43
Kajian ini mengkaji isu valet doa yang pernah menarik perhatian dan menjadi perbincangan dalam kalangan umat Islam pada awal tahun 2017. Perkhidmatan ini dipercayai menawarkan pakej berdoa di hadapan Kaabah dengan harga-harga tertentu dengan jaminan doa tersebut adalah dimakbulkan. Sehubungan dengan itu, pakej valet doa ini telah mendapat teguran dan nasihat daripada pihak berkuasa agama seperti Jakim dan mufti-mufti kerana dikatakan mengeksploitasi agama Islam dan diarahkan supaya dihentikan serta-merta. Selain itu, kajian ini juga bermatlamatkan menghuraikan valet doa dan kesannya kepada akidah dan pemikiran umat Islam. Kajian yang dilakukan ini sepenuhnya berbentuk kajian kualitatif yang menggunapakai kaedah pengumpulan data secara pemerhatian bagi mengkaji perkhidmatan doa valet yang ditawarkan menurut Islam dan hubungkaitnya dengan akidah. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa pakej valet doa yang diperkenalkan adalah bermasalah pada sudut operasi dan praktikalnya. Justeru itu, ia wajib diperbaiki dan dimurnikan daripada sebarang bentuk pelanggaran akidah dan ketidakpatuhan syariah. Kajian ini turut memuatkan cadangan kepada setiap umat Islam untuk terus memperkukuhkan lagi pegangan dan kefahaman akidah. Kajian ini turut menuntut para usahawan Muslim untuk mendapatkan nasihat atau perakuan daripada pihak berkuasa agama seperti Jabatan Mufti Negeri atau melantik penasihat syariah bagi memastikan sesuatu produk perniagaan yang ditawarkan mematuhi ketetapan hukum syarak.
Abdul Halim bin Abdul Karim, Muhamad Mizi Azam bin Yahya Copyright (c) 2021 https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/43 Thu, 18 Mar 2021 00:00:00 +0800 PENGHAKIMAN HAKIM SYARIE MENGENAI ISU PEMBERIAN KEPADA ANAK BERDASARKAN KES PENGESAHAN HIBAH https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/44
Permohonan kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah meliputi isu pemberian ibu bapa kepada anak. Di Mahkamah Syariah, kebiasaannya Hakim-hakim Syarie membuat keputusan bagi kes-kes pengesahan hibah dengan berpandukan kepada kitab-kitab fiqh disebabkan tiada undang-undang hibah secara khusus. Antara persoalan yang timbul adalah mengenai definisi kesamarataan dan keadilan dalam pemberian kepada anak-anak pemilik harta. Oleh itu, artikel ini adalah bertujuan untuk mengetahui keputusan yang dibuat oleh Hakim-hakim Syarie di samping mengetahui kecenderungan penghakiman Hakim-hakim Syarie dalam mengguna pakai pandangan fuqaha bagi menyelesaikan kes pengesahan hibah mengenai isu pemberian bapa kepada anak di Mahkamah Syariah. Data kajian ini diperoleh daripada laporan kes di Mahkamah Syariah dan perbandingan mazhab. Hasil kajian mendapati Hakim Syarie telah mengikut tafsiran hukum syarak yang dinyatakan dalam statut negeri-negeri dalam membuat penghakiman bagi isu ini.
Nurul Syuhadah binti Azalan, Noor Lizza binti Mohamed Said Copyright (c) 2021 https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/44 Thu, 18 Mar 2021 00:00:00 +0800 TAFAKUR SEBAGAI INTERVENSI PSIKOSPIRITUAL DALAM MENGHADAPI TEKANAN EMOSI DI TEMPAT KERJA https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/45
Produktiviti tenaga kerja adalah faktor paling penting menentukan sejauh mana kejayaan sesuatu organisasi. Produktiviti pula bergantung kepada kesejahteraan psikososial pekerja. Tekanan boleh menjejaskan kesihatan seseorang, prestasi kerja, kehidupan sosial dan hubungan dengan ahli keluarga. Tekanan di tempat kerja telah muncul sebagai isu utama dan mencapai perkadaran yang membimbangkan. Kajian ini bertujuan untuk memahami penggunaan teknik tafakur sebagai intervensi psikospiritual dalam menghadapi tekanan emosi di tempat kerja. Kajian ini juga menggunakan teknik penyelidikan perpustakaan secara deskriptif. Ia membincangkan konsep tafakur yang berkaitan dengan tekanan emosi. Oleh itu, sebagai kesimpulan konsep tafakur dalam Islam adalah mekanisme rohani yang terbaik dijadikan sebagai intervensi psikospiritual dalam menangani tekanan emosi ditempat kerja.
Nur Yani Binti Che Hussin Copyright (c) 2021 https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/45 Thu, 18 Mar 2021 00:00:00 +0800 TAHAP KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/46
Mengetahui tahap kesihatan mental terutamanya dalam kalangan kanak-kanak masa kini amat penting sebagai langkah awal sebelum merangka program intervensi yang sesuai untuk golongan ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental dalam kalangan kanak- kanak prasekolah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel kajian yang terlibat adalah 70 orang kanak-kanak prasekolah dari dua buah sekolah di Bandar Peramu, Pekan. Instrumen bagi kajian ini adalah borang soal selidik Kekuatan dan Kesusahan (SDQ-Mal) versi guru yang mengandungi lima aspek iaitu emotional symptom, conduct problems, hyperactivity/inattention, peer relationship problems, prosocial behaviour. Data kajian dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan menggunakan analisis deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan skor minima yang diperolehi oleh kanak-kanak adalah 5 dan skor maksima pula 34. Bagi min jumlah kesihatan mental yang diperoleh oleh 70 orang kanak-kanak prasekolah di Bandar Peramu, Pekan, M = 12.34 manakala sisihan piawai, SP = 8.118. Min dapatan ini menunjukkan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Bandar Peramu, Pekan berada pada tahap pertengahan iaitu kanak-kanak mempunyai risiko mengalami masalah kesihatan mental yang lebih teruk jika tidak dibantu oleh keluarga dan guru dalam menghadapi kehidupan seharian. Kajian ini memberi implikasi kepada ibu bapa serta guru dalam membantu kanak-kanak memastikan kanak-kanak berada dalam tahap kesihatan mental yang baik.
Wan Nur Ainna Waheda Binti Rozali Copyright (c) 2021 https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/46 Thu, 18 Mar 2021 00:00:00 +0800 KRITIKAN ISLAM LIBERAL TERHADAP PENTAFSIRAN AL-QURAN: TUMPUAN ISU TERHADAP AYAT 256, SURAH AL-BAQARAH https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/47
Kritikan Islam Liberal terhadap pentafsiran ayat-ayat al-Quran menyimpang daripada tafsiran para ulama. Karya-karya tafsir klasik yang asal dalam kerangka metodologi Tafsir bi al-Ma’thur dan al-Ra’yi diolah dan dirobek mengikut pandangan yang tersasar. Pendukung Islam Liberal mempunyai tafsiran yang memperkenalkan falsafah Barat dengan beberapa elemen iaitu Scepticisme dan Criticisme. Pentafsiran mereka melibatkan pelbagai kaedah kontemporari yang menghasilkan pandangan berbeza serta kritikan dan persoalan yang ditimbulkan termasuk metode para ulama tradisional. Oleh itu, satu kajian tidak ketara menggunakan kaedah deskriptif merungkai kritikan yang mendominasi pendukung Islam Liberal terhadap tumpuan satu ayat 256 dalam surah al-Baqarah dilihat sebagai isu utama kecenderungan mereka menterjemahkannya secara re-interpret. Oleh itu, pentafsiran al-Quran wajar selari dengan kehendak wahyu berdasarkan aturan dan persekitaran bukan mengikut zaman dan gagasan yang melakukan pentafsiran semula al-Quran.
Abu Dzar Ahmad, Nik Ahmad Mumtaz Nik Din Copyright (c) 2021 https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/47 Thu, 18 Mar 2021 00:00:00 +0800 SOROTAN LITERATUR TERHADAP FAKTOR PENGABAIAN WARGA TUA DALAM KOMUNITI DI MALAYSIA, CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/48
Pengabaian warga tua merupakan satu permasalahan sosial yang dipandang serius mutakhir ini. Berdasarkan laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia terbitan oleh Lancet Global Health mendapati 34.7 peratus warga tua yang berusia melebihi 60 tahun mengalami pelbagai bentuk penderaan dan pengabaian. Angka ini akan terus meningkat dengan berlakunya peningkatan kadar warga tua dunia dan kepesatan revolusi indusri 4.0. Walaubagaimanapun laporan dan kajian berkaitan pengabaian warga tua masih kurang didedahkan . Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka secara ilmiah aspek pengabaian warga tua di Malaysia yang berlaku dalam komuniti di Malaysia, faktor- faktor pendorong dan peranan masyarakat setempat dalam menangani permasalahan ini. Metodologi dalam kajian ini adalah merangkumi rekabentuk kualititatif bagi memperolehi maklumat berkaitan melalui sorotan kajian. Perbincangan isu ini adalah menggunakan analisis kandungan artikel-artikel jurnal dan buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan isu pengabaian. Hasil kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa sikap individulistik dan meterialistik, pentingkan kerjaya, jurang komunikasi, tiada kepercayaan oleh warga tua, taraf kesihatan dan masalah kewangan antara faktor utama yang mendorong berlakunya pengabaian terhadap warga tua berlaku di Malaysia. Beberapa langkah yang sesuai bagi menangani isu tersebut juga turut dibincangkan khususnya dalam menghadapi cabaran revolusi industri 4.0.
Hasiah Mat Salleh, Siti Marsitah Mohd Mokhtar Copyright (c) 2021 https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/48 Thu, 18 Mar 2021 00:00:00 +0800 PENERIMAAN GOLONGAN PROFESIONAL TERHADAP PROGRAM DAKWAH DI PAHANG https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/49
Makalah ini mengkaji tentang penerimaan program dakwah golongan profesional di Pahang. Isu yang dikaji ialah, sejarah Islam di Pahang, program dakwah yang dijalankan oleh badan-badan dakwah di Pahang seperti Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan IKRAM.Permasalahan kajian golongan profesional di Pahang antaranya adalah kurang mendapat maklumat program dakwah, kesibukan bekerja dan permasalahan pendakwah yang kurang mendekati serta pendekatan dakwah yang tidak sesuai.Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman, amalan agama, pengaruh, sikap, keberkesanan dakwah terhadap penerimaan program dakwah kepada golongan profesional di Pahang. Reka bentuk kajian tinjauan berpandukan Teori Perlakuan Bersebab (TPB) digunakan untuk mengetahui hubungan enam faktor tingkah laku iaitu amalan agama, kefahaman agama, sikap, pengaruh rakan, kepuasan dan keberkesanan dakwah dengan penerimaan program dakwah. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi ANOVA sehala, korelasi dan regresi berganda. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Seramai 318 orang golongan profesional Melayu terlibat untuk menjawab instrumen soal selidik. Sementara itu, seramai 37 orang responden yang terdiri daripada golongan profesional, pendakwah serta organisasi terlibat dengan sesi temu bual. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaan teori TPB dalam mengenal pasti penerimaan program dakwah dapat meningkatkan kualiti pelaksanaan program dakwah di Pahang. Implikasi kajian menunjukkan bahawa organisasi dakwah perlu mengambil perhatian terhadap faktor keberkesanan dan pengaruh rakan supaya dakwah dapat diterima oleh golongan professional dengan lebih berkesan.
Ahmad Effat Mokhtar, Brahim Hashim, Abdul Munir Ismail Copyright (c) 2021 https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/49 Thu, 18 Mar 2021 00:00:00 +0800 اللغة العربية ومكارم الأخلاق https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/50
الحمد لله رب العالْين والصلَة والسلَم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وأتباعه إلى يوم
الدين، أما بعد: اقتضت حكمة الله تبارك وتعالى أن تكون اللغة العربية لغة كتابه الخالد ولغة
رسوله الكريم صلى الله عليه وسلم الذي قال قِ(، ولهذا أردت البحث

لَ

خ

ارِمَ الْ

مَِ مَك
مِّ

ت
لِْ ت

: )إِ ه نمَا بعِث
عن العلَقة بين مكارم الْخلَق واللغة العربية بهذا البحث الْوسوم ب)اللغة العربية ومكارم
الأخلاق(. الهدف من الدراسة: كشف النقاب عن ماهية العلَقة بين تعلم اللغة العربية ومكارم
الْخلَق من حيثياتها المختلفة، لْا تتضمه اللغة من أبعاد أخلَقية وعرفية وروحية، وأثر ذلك على
الإنسان الْسلم الْتقن للعربية. منهج الدراسة: يعتمد على طريقة البحث الوصفي التحليلي. من
خلَل جمع الْعلومات من الْصادر والوثائق ومناقشتها علميًا، حد ود الدراسة: ب هذا البحث
ينقِّ
عن العلَقة بين اللغة العربية ومكارم الْخلَق عند الْسلمين الجدد الْسوياء أو متعلمي العربية
الجدد؛ لْنهم أمثلة حقيقية للمسلم الْتدين صاحب الخلق السليم وهؤلاء قدوة حية لغيرهم.
مشكلة البحث : ذكر الإمام ابن تيمية أن تعلم اللغة يحَسِّن مكارم الْخلَق، وكذلك إتقان العربية
يجعل الإنسان كأنه يسترجع زمان النبي صلى الله عليه وسلم وصحابته الكرم، والبحث يكشف عن
هذه العلَقة بين اللغة العربية والْخلَق من خلَل تعلم العربية. نتائج وفائدة البحث: يكشف
البحث عن مقصود الْخلَق في اللغة والاصطلَح والشرع، كما يبين مدى أهمية الْخلَق ومكانتها في
الإسلَم وعلَقتها باللغة العربية، ويكشف عن العروة الوثقى بين اللغة العربية ومكارم الْخلَق؛

ويمكن الاستفادة من هذا البحث لتوضيح الطريق الْمثل لتعليم العربية وربطه بالْخلَق
الإسلَمية؛ لتقويم المجتمع الْسلم نحو طريق مستقيم هذا من جهة، ومن جهة أخرى إمكانية
استخدام برنامج تعليم العربية للدعوة إلى الإسلَم لْا فيه من أخلَق حسنة طيبة.
طه طلال عبد العليم حنف ي Copyright (c) 2021 https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/50 Thu, 18 Mar 2021 00:00:00 +0800 التواجد الإسلامي في البلقان https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/51
لقد بعث الله نبيه في شبه الجزيرة العربية، لتنطلق دعوته إلى أرجاء الْعمورة، ومن هذه البلَد التي
وصلها الاسلَم، شبه جزيرة البلقان، وفي هذا البحث أحاول الإجابة على عدة تساؤلات تمثل مشكلة
هذا البحث منها : ما مظاهر الحضارة الإسلَمية في البلقان وتهدف هذه الدراسة إلى: معرفة تاريخ
البقاع التي دخلها الإسلَم، و التعرف على مظاهر الحضارة الإسلَمية في هذا الْكان .وقد اعتمدت
في هذا البحث على الْنهج التاريخي والْنهج التحليل ي، وقد خرجت من هذه الدراسة بعدة نتائج مهمة
منها: أن التواجد الإس لَمي في البلقان كان قبل دخول العثمانيين، عن طريق التجار الْسلمين الذين
نشروا الاسلَم في هذه الْنطقة بأخلَقهم وأمانتهم .وقد ظهرت مع وصول الإسلَم إلى منطقة البلقان
النسخ الْولى من القرآن الكريم التي تم نسخها في مراكز الدولة الإسلَمية،وكانت اللغة العربية
تستخ دم بكث رة في تدوين بعض السجلَت القضائية، والوثائق الوقفية .
محمد إبراهيم الشربيني صق ر Copyright (c) 2021 https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/51 Thu, 18 Mar 2021 00:00:00 +0800 الدباغ وأثره في طهارة جلد الميتة https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/52
فقد بلغ من حرص الإسلَم علي الطهارة أن شرع لها وسائل متعددة، منها الدِباغ، وهذه الوسيلة
مجْدية في طهارة جلود الحيوانات أكثر من غيرها من وسائل الطهارة الْخري؛ نظرا لْنها تقض ي تماما
على م قت به بعد ذبحه، أو موته،
ا يكون قد بقي من رطوبات وفضلَت في جلد الحيوان قد تكون عل
رِعت هذه الوسيلة لنجاعتها. فش
إشكالية البحث: أصبحت الجلود علي اختلَف أنواعها تستخدم في صناعات عديدة، وتستعمل
علي نطاقٍ واسع بين الناس، فهل يعد الدباغ وسيلة ناجعة، وفعالة في تطهير جلود الْيتة؟، وأي
أنواع الْيتة يؤثر فيه الدباغ، إذا قلنا بتأثيره؟ .
أهداف البحث:عرض آراء الفقهاء في حكم الطهارة بالدباغ، وأدلتهم التي استدلوا بها، وترجيح ما
يسنده الدليل من الْراء المختلفة في حكم التطهير بالدباغ .
منهج البحث:وفي هذا البحث اتبعت الْ نهج الاستقرائي؛ لكون البحث في مسألةٍ فقهية، تحتاج إلي
بسط الْراء فيها،
نتائج البحث:توصلت من خلَله إلي مجموعة منها، اعتبر كثير من الفقهاء الدباغ وسيلة من وسائل
الطهارة للجلود، حيث تشكل جلود الحيوانات ثروة كبيرة لا يستهان ب ها؛ تدخل في الكثير من
الصناعات.
هيك واحدة ليس فيها تفريعات

عالج مسألة
لية البحث:لم أقسمه إلي مباحث ومطالب وفروع؛ لكوني أ
رِض به عليه، والردود على
كثيرة، سوي عرض الْراء للمذاهب الفقهية، وأدلة كل رأي، وما اعت
الاعتراضات إن وجِدت، ثم الترجيح، أضف إلف إلي ذلك سببا آخر من عدم التفريع والتقسيم في
فسح
البحث في أنه سينشر في مجلة الجامعة، وهو مقيد بصفحات محددة ليس لي أن أتخطاها؛ لْ
الطريق لغيري من زملَئي الفضلَء لينالوا حقهم في النشر في المجلة، وخشية من أن يرَد البحث إلي
مرة أخري؛ لجعله في حدود ما هو متاح من مساحة ارتآها القائمون علي شأن المجلة، ولا شك أن
دافعهم في ذلك هو الْصلحة؛ ولذا قلبي ولساني يدعوان لهم بالتوفيق والسداد.
الكلمات الْفتاحية:الجلد، الْيتة، الدبغ، الطهارة،
سعد المغازي عبدالمعطي محمود Copyright (c) 2021 https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/haady/article/view/52 Thu, 18 Mar 2021 00:00:00 +0800