Pengamalan Sunnah Dalam Kalangan Pelajar Islam Di Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial Di Universiti Selangor

Authors

  • Muhammad Hafiy Bin Abdul Rashid UNISEL
  • Mumtazah binti Narowi UNISEL

Keywords:

Pengamalan Sunnah, Nabi Muhammad, Pelajar Islam

Abstract

Pelbagai amalan sunnah Rasulullah saw yang telah baginda tinggalkan kepada umatnya dan boleh menjadi sebagai satu amalan harian. Namun, tidak dapat dinafikan adakalanya umat Islam gagal melaksanakan amalan sunnah itu secara konsisten. Kurang pengetahuan terhadap definisi sunnah juga merupakan salah satu faktor pengabaiannya iaitu apabila dikerjakan mendapat ganjaran pahala dan tidak pula berdosa jika ditinggalkan. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat pengamalan sunnah yang dilakukan oleh pelajar Islam Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial di Universiti Selangor. Kajian berbentuk deskriptif ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan sunnah dalam kalangan pelajar Islam serta menganalisis beberapa amalan-amalan sunnah yang diamalkan oleh pelajar. Justeru itu, kajian kuantitatif ini menggunapakai kaedah soal selidik ke atas 50 orang responden. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min serta pengujian statistik menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 22.0. Hasil kajian terhadap tahap pengetahuan sunnah dalam kalangan pelajar Islam ialah pada tahap sederhana iaitu 45.4% sahaja. Dari aspek pengamalan sunnah pula, membasuh tangan merupakan amalan yang kerap dilakukan iaitu dengan skor min 4.64 dan secara keseluruhannya pengamalan sunnah di kalangan pelajar Islam adalah pada tahap tinggi dengan skor min 3.81. Walaupun pengetahuan pelajar terhadap sunnah agak sederhana namun pengamalan sunnah masih lagi diamalkan dikalangan pelajar.

Downloads

Published

2022-01-03