Rawatan Penagihan Dadah Melalui Terapi Model Psikospiritual Holistik Berasaskan Aspek Ibadah: Satu Kertas Konsep

Authors

  • Maisarah Saidin USIM
  • Abdulloh Salaeh USIM
  • Mohd Zohdi Mohd Amin USIM
  • Syed Najihuddin Syed Hassan USIM
  • Adnan Mohamed Yusoff USIM

Keywords:

Rawatan Penagihan Dadah, Terapi Psikospiritual, Ibadah

Abstract

Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu isu utama yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Saban tahun, penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan remaja dan belia dilihat mengalami tren peningkatan yang amat membimbangkan. Pelbagai usaha sudah dilakukan sejak beberapa dekad lalu, namun penyalahgunaan dadah di negara ini masih berleluasa. Kerajaan Malaysia melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan PEMADAM telah menjalankan pelbagai usaha pencegahan dan pemulihan bagi membendung masalah ini. Malangnya, hasil yang dicapai tidak setanding dengan kos yang telah dilaburkan oleh pihak kerajaan. Masalah penyalahgunaan dadah ini, jika tidak ditangani secara serius boleh merosakkan masa depan generasi muda sekaligus memberi kesan kepada usaha pembangunan negara. Kelemahan dalam aspek kerohanian dalam diri dilihat sebagai faktor utama yang menyebabkan seseorang individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Justeru itu, satu pendekatan baharu yang lebih holistik perlu diwujudkan bagi membantu para penagih pulih sepenuhnya dari ketagihan dadah. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan meninjau potensi kaedah rawatan psikospritual berasaskan aspek ibadah yang dijalankan di beberapa pusat rawatan yang berjaya dan menganalisis keberkesanannya seterusnya membangunkan model rawatan baharu yang lebih efektif. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini akan menggunakan metode pemerhatian, temubual dan analisis teks. Seterusnya, data-data tersebut dianalisis mengunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian akan dirujuk kepada pakar Pemulihan Dadah untuk penambahbaikan dan modul yang dihasilkan akan digunapakai di pusat-pusat pemulihan penagihan dadah.

Downloads

Published

2022-01-03