Prinsip Kejiranan Dalam Konteks Pandemik Covid-19 Berdasarkan Perspektif Nabi SAW

Authors

  • Maisarah Saidin USIM

Keywords:

Prinsip Kejiranan, Pandemik Covid 19, Perspektif Nabi SAW

Abstract

Wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi impak yang besar bukan sahaja kepada ekonomi malah ia turut merubah landskap kehidupan masyarakat. Sebagaimana yang sedia maklum, kehidupan bermasyarakat yang baik bermula dengan nilai persaudaraan yang disemarakkan dalam kalangan jiran. Namun begitu, sikap pentingkan diri dan tidak menghiraukan perasaan orang sekeliling menjadi faktor utama nilai ini semakin terhakis. Pengabaian terhadap konsep hidup berjiran berupaya menimbulkan konflik dalam sesebuah masyarakat seterusnya menggugat ketenteraman dan keharmonian yang terbina. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Ini kerana, kejiranan yang baik dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Kefahaman dan kesedaran terhadap konsep kejiranan yang sebenar dalam kalangan masyarakat seperti yang dianjurkan Islam perlu dilaksanakan lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik Covid-19. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis pendekatan Rasulullah SAW terhadap konsep serta prinsip hidup berjiran. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan induktif yang bersumberkan kitab-kitab hadis dan syarahnya. Melalui analisis tekstual yang dijalankan, kajian mendapati bahawa pendekatan yang dibawa oleh Rasullullah SAW dalam menghidupkan nilai kejiranan seperti saling membantu, menghargai bantuan yang diterima, menjaga rahsia serta menutup keaiban jiran adalah amalan yang sangat praktikal dilaksanakan lebih-lebih lagi dalam menghadapi situasi pandemik COVID 19.

Downloads

Published

2022-01-03