Konsep Lafaz Cerai Ta’liq : Suatu Kajian Perbandingan Menurut Perspektif Hadith Dan Mazhab Fiqh

Authors

  • Liana binti Ab Latif Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Keywords:

Konsep, Lafaz Cerai Ta’liq, Hadith, Mazhab Fiqh, Kesan

Abstract

Syariat Islam telah menggariskan panduan dan tatatertib dalam skop perbahasan perbuatan mukallaf. Al-Qur’an dan hadith menjadi elemen utama sebagai rujukan hukum hakam. Al-Qur’an merangkum semua aspek keperluan kehidupan dan hadith pula berperanan memberi perincian dan penjelasan terhadap perkara-pekara yang umum. Pelbagai skop yang dinyatakan di dalam al-qur’an antaranya perceraian. Prosedur dan adab tertib perceraian telah dijelaskan untuk golongan suami. Kepelbagaian cabang perceraian dibahaskan dalam hadith antaranya lafaz cerai ta’liq. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep lafaz cerai ta’liq yang telah menjadi suatu norma dalam kalangan masyarakat Islam. Lafaz cerai ta’liq adalah suatu ungkapan yang disebut oleh suami terhadap isteri dengan syarat tertentu yang akan membawa kesan kepada perceraian jika suami atau isteri melanggar syarat tersebut. Justeru, lafaz cerai ta’liq ini dikaji dan dinilai dari sudut perspektif hadith dan perbandingan hukum mazhab fiqh. Lafaz ini berpunca daripada faktor yang pelbagai sama ada dari pihak suami, isteri atau pihak ketiga. Metod kajian ini adalah kajian kualitatif. Data diperoleh melalui kajian perpustakaan dengan menggunakan beberapa sumber untuk menganalisis dapatan kajian seperti buku, artikel, kertas kerja, tesis, analisis dokumen dan lima sampel kes mahkamah. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan perisian atlas.ti. Oleh itu, permasalahan berkaitan lafaz cerai ta’liq haruslah dibendung dengan baik agar tidak meruntuhkan hubungan perkahwinan yang telah dibina. Pelbagai usaha perlu dinilai dari sudut faktor berlaku lafaz cerai ta’liq supaya jumlah kes yang berlaku dapat dibendung dan diminimakan.

Downloads

Published

2022-01-03