Kaedah-Kaedah Berinteraksi Dengan Hadith-Hadith Mushkil Berkaitan Wanita
Keywords:
Mushkil al-Hadith, Wanita, Diskriminasi, MisoginisAbstract
Aplikasi ilmu mushkil al-hadith amat signifikan dalam berinteraksi dengan hadith-hadith Rasulullah SAW. Hal ini bagi memastikan hadith-hadith Rasulullah SAW tidak disalah tafsir dan disalah fahami. Justeru, para ulama telah meletakkan garis panduan dalam berinteraksi dengan hadith-hadith yang didakwa mengelirukan. Namun, masih terdapat sesetengah pihak terutamanya golongan feminis mendakwa terdapat beberapa hadith mushkil yang seolah-olah bersifat misoginis dan mendiskriminasi kaum wanita. Senario ini menunjukkan perlunya perhatian khusus diberikan kepada hadith-hadith mushkil tentang wanita. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menggariskan kaedah-kaedah yang tepat bagi berinteraksi dengan hadith-hadith mushkil berkaitan wanita bagi mengelakkan kekeliruan serta menjernihkan salah faham terhadap hadith-hadith mushkil tersebut. Metode digunakan adalah kajian kualitatif berasaskan kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati terdapat lima kaedah dalam berinteraksi dengan hadith-hadith mushkil berkaitan wanita iaitu meneliti autoriti hadith, menghimpun dan meneliti keseluruhan riwayat yang berkaitan, meneliti asbab al-wurud hadith, memahami konteks hadith diucapkan dan memahami maqasid hadith.