Pendekatan Dakwah Bil Hal Dalam Menentukan Ciri-Ciri Hotel Patuh Syariah

Authors

  • Nik Mohd Sofri bin Nik Abdul Hamid Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Keywords:

Patuh Syariah, Dakwah, Hotel

Abstract

Kebanyakan hotel-hotel yang menjalankan perniagaan pada hari ini tidak bercirikan hotel patuh syariah secara sepenuhnya. Sepatutnya Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu menjalankan dan melaksanakan Hotel Patuh Syariah secara keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, artikel ini membincangkan mengenai keberkesanan ciri-ciri pendekatan dakwah hotel patuh syariah. Metodologi kajian menggunakan kaedah temu bual yang menggunakan pendekatan temu bual di mana sampel diambil dari kalangan pakar yang terdiri dari Menteri Agama dan para akademik. Hasil kajian ini menunjukkan ciri-ciri hotel patuh syariah perlulah mempunyai pembangunan modal insan (akhlak) dan fizikal (perkhidmatan dan prasarana). Ini kerana ciri-ciri ini bukan sahaja memenuhi tuntutan agama, malahan ciri-ciri ini juga akan memberi gambaran pendekatan dakwah kepada pelanggan yang menginap sesebuah hotel terutamanya pelanggan yang bukan Muslim untuk mengenal Islam dengan lebih baik. Dengan ada ciri-ciri ini ia sekaligus dapat memberi informasi yang lebih lanjut kepada pelanggan-pelangan sebelum menginap dihotel tersebut sekaligus memberikan kepuasan dan keselesaan kepada pengguna Muslim dan bukan Muslim. Pendekatan dakwah di hotel patuh syariah seharusnya menjadi pemangkin kepada pemilik-pemilik hotel untuk menyampaikan mesej Islam di dalam bidang perhotelan.

Downloads

Published

2022-01-03