Pendekatan Dakwah Bil Hal Hotel Patuh Syariah: Satu Kajian Di Hotel Adya Langkawi

Authors

  • Borhannudin bin Ya Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Keywords:

Dakwah Bil Hal, Hotel Patuh Syariah, Hotel Adya, Langkawi

Abstract

Kajian ini memberi fokus kepada pendekatan dakwah bil hal yang ditonjolkan oleh pihak pengurusan dan kakitangan-kakitangan di Hotel Adya Langkawi. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana pengumpulan data adalah melalui kaedah temubual dengan pihak pengurusan atasan dan bawahan serta pelanggan menjadi sampel kajian. Data yang diperolehi di dalam kajian ini kemudiannya dianalisis menggunakan program perisian Nvivo 12. Hasil kajian menunjukkan pendekatan dakwah bil hal yang diaplikasikan oleh Hotel Adya Langkawi merangkumi tiga (3) pendekatan iaitu pendekatan melalui akhlak, perkhidmatan dan juga prasarana. Hasil daripada dapatan ini satu model pendekatan dakwah yang diterapkan oleh Hotel Adya, Langkawi telah dibina bagi memberi input kepada mana-mana hotel sebagai garis panduan kepada hotel lain dalam merealisasikan hotel-hotel lain kepada patuh syariah serta menjadi pemangkin kepada pemilik-pemilik hotel yang lain untuk menyampaikan mesej Islam di dalam bidang perhotelan.

Downloads

Published

2022-01-03