Pendidikan Hadis Banteras Infodemik COVID-19 Dalam Media Sosial

Authors

  • Khalilullah Amin Bin Ahmad Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
  • Muhammad Lukman Bin Mat Sin Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Keywords:

Infodemik COVID-19, Pendidikan Hadis, Media Sosial

Abstract

Infodemik ialah lambakan maklumat yang kebanyakannya palsu atau tidak sahih sehingga menyebabkan solusi bagi sesuatu masalah menjadi lebih sukar untuk diselesaikan. COVID-19 atau Novel Coronavirus (2019-nCoV) telah merebak ke pelusuk dunia dengan pantas dan telah diisytiharkan sebagai suatu pendamik iaitu penyakit globalisasi. Pendidikan hadis perlu diterapkan untuk membanteras penyebaran hadis palsu yang mengundang pelbagai fitnah besar, bukan saja mengancam kesucian Islam dan kesejahteraan umat, malah pelbagai aspek kehidupan lain meliputi akidah, syariah, muamalat, pentadbiran dan politik. Meskipun begitu, penularan berita palsu juga akan memberi impak yang negatif dalam kesejahteraan masyarakat dan keharmonian negara. Kertas kerja ini memerihalkan tentang bagaimana pendidikan hadis mampu membanteras penularan infodemik dalam media sosial ketika mendepani wabak penyakit COVID-19 berpaksikan kepada dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan menganalisis kandungan teks dalam bentuk pendekatan naratif. Dapatan kajian menunjukkan pendidikan hadis sangat sesuai pada ketika ini untuk dijadikan solusi yang terbaik bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan berita palsu yang mengundang kerisauan kepada umum sekaligus membantu pihak berautoriti untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan telus dan berintergriti.

Downloads

Published

2022-01-03