Pelaksanaan Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Hulu Terengganu

Authors

  • Azhar bin Mohd Nawi Politeknik Hulu Terengganu
  • Sukarni Bt.Ab. Ghani Politeknik Hulu Terengganu

Keywords:

Solat fardhu, pelajar PHT, pengetahuan, amalan

Abstract

Solat merupakan tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka ia telah menegakkan agamanya,sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia telah meruntuhkan agamanya. Betapa ramai pelajar Islam hari ini tidak mempedulikan solat atas pelbagai alasan tertentu. Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauhmana tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar Politeknik Hulu Terengganu (PHT) terhadap kepentingan dan pelaksanaan ibadah solat dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kerana pelaksanaan solat adalah ibadat praktikal yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim baik lelaki mahupun perempuan sepanjang kehidupan. Kajian ini mempunyai tiga skop utama iaitu tahap pengetahuan, pengamalan dan faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar melaksanakan ibadah solat. Responden dalam kajian ini adalah seramai 100 orang yang terdiri daripada pelajar muslim PHT yang mendaftar kursus MPU23012 (Pengurusan Dalam Islam). Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lebih 50 peratus pelajar PHT yang tidak sentiasa menunaikan solat fardhu lima waktu walaupun mereka menyedari akan kewajipan solat fardhu tersebut. Selain daripada mengetahui akan balasan dan azab Allah kepada mereka yang tidak menunaikan solat. Kajian ini memberi satu alternatif baru bagi pensyarah Pendidikan Islam atau individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk penambahbaikan proses pdp di dalam kelas serta mengaktifkan penglibatan pelajar di Pusat Islam Politeknik khasnya.

Downloads

Published

2022-01-03