Metodologi Pengajian Hadis Dalam Al-Mu’jam Al-Kabir Al-Tabarani: Satu Kajian Awal

Authors

  • Muhamad Fadlly bin Ismail UnIPSAS

Keywords:

khazanah, al-Mu’jam al-Kabir al-Tabarani, Covid-19, pengajian hadis

Abstract

Menyingkap khazanah sunnah Rasulullah s.a.w. sama ada yang disabdakan, diamalkan dan dipersetujui ibarat membina binaan yang kukuh sebagai tempat perlindungan bagi umat Islam sejagat. Justeru para ulama hadis berusaha mencari metode untuk menyingkap sekali gus memelihara khazanah suci ini. Antaranya ialah Imam Abu Qasim Sulaiman al-Tabarani. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis personaliti dan sumbangan Imam Abu Qasim Sulaiman al-Tabarani dalam bidang hadis melalui metodologi penulisan tokoh tersebut di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir al-Tabarani. Kajian ini juga bertujuan untuk memperkenalkan biografi Imam Abu Qasim Sulaiman al-Tabarani bagi menyingkap sejarah kemunculan dan perkembangan ilmu hadis. Metode kajian ini adalah analisis dokumen dengan merujuk kepada kitab Mu’jam al-Kabir al-Tabarani dan kitab-kitab hadis untuk mendapatkan sumber yang tepat dan sahih. Kemudian menyusulinya dengan memberikan contoh-contoh ringkas untuk mengukuhkan pengertian berkenaan. Kajian mendapati bahawa metode yang digunakan oleh Imam Abu Qasim Sulaiman al-Tabarani dalam kitab Mu’jam al-Kabir al-Tabarani merupakan satu usaha yang gigih membuktikan bahawa beliau menguasai secara mendalam tentang nama-nama sahabat berkenaan ilmu hadis. Penyusunan kitab al-Mu’jam al-Kabir al-Tabarani yang amat teliti dan kemas serta penggunaan bahasa yang mudah difahami. Dengan memperkenalkan salah satu karangan Imam Abu Qasim Sulaiman al-Tabarani ini, sebagai sebahagian daripada ilmu pengajian hadis terbukti kepentingannya dengan kemunculan ramai daripada ulama terdahulu yang menghasilkan kitab-kitab atau hasil-hasil karya di dalam bidang tersebut bertujuan memelihara kemurnian sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang zaman.

Downloads

Published

2022-01-03