KAJIAN LITERATUR: KONSEP ALKOHOL MENURUT ISLAM

Authors

  • Nur Bahirah Baharum UPM
  • Mohd Daud Awang UPM
  • Syariena Arshad UPM
  • Siti Salwa Abd Gani UPM

Keywords:

alkohol, Islam, etanol

Abstract

Alkohol adalah pelarut organik yang kebiasaannya digunakan untuk penyelidikan dan industri terutama dalam produk makanan, minuman, kosmetik dan lain-lain. Sekiranya status alkohol dalam makanan dan minuman dijelaskan haram, tetapi terdapat beberapa perbezaan pendapat mengenai status alkohol dalam produk industri lain seperti kosmetik dan ubat-ubatan. Walau bagaimana pun, perumusan penggunaan alkohol dalam indusrti dari sudut pandangan Islam dan sains adalah terhad. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan konsep alkohol menurut Islam. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti alkohol yang telah dijalankan oleh peyelidik yang lepas. Kajian ini juga menggunakan metod kuantitatif melalui tinjauan literatur daripada kajian sebelum ini. Kajian sains juga dibincangkan bagi mengetahui jenis alkohol yang terdapat dalam produk industri dan penghasilannya. Selain itu, kajian ini juga akan memperjelaskan hukum penggunaan alkohol menurut Islam. Kesimpulan kajian ini membuktikan bahawa alkohol diharuskan dalam Islam selagi mana alkohol itu datang daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan bijirin.

Downloads

Published

2021-02-23

How to Cite

Nur Bahirah Baharum, Mohd Daud Awang, Syariena Arshad, & Siti Salwa Abd Gani. (2021). KAJIAN LITERATUR: KONSEP ALKOHOL MENURUT ISLAM. Jurnal Al-Sirat, 1(19), 33-40. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/27