Publication Ethics
PENYATAAN ETIKA PENERBITAN
(PUBLICATION ETHICS STATEMENT)
Setiap penyelidik memerlukan penerbitan yang dinilai oleh panel penilai bagi memastikan bahawa setiap penerbitan mematuhi piawaian yang memberi manfaat kepada penulis dan juga institusi yang menaja. Untuk memastikan penerbitan yang berkualiti tinggi, terdapat keperluan terhadap etika dalam penerbitan. Oleh itu, adalah penting bagi penyelidik untuk menjauhkan diri daripada:
- Penipuan dan manipulasi data
Manipulasi data merujuk kepada tindakan mengubah, mengatur dan mengelola data untuk mudah dianalisis dan diinterpretasikan. Penipuan data berlaku apabila seorang penyelidik menjalankan eksperimen tetapi kemudian mengubah sebahagian daripada hasilnya.
- Plagiat
Mengambil konsep atau kerja penyelidik lain tanpa memberi kredit kepada penulis atau penyelidik asal. Plagiat juga dikira sebagai mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri.
- Pertindihan penerbitan
Penulis tidak dibenarkan untuk menghantar penulisan yang sama kepada pelbagai penerbitan yang lain dalam masa yang sama. Sekiranya keadaan ini berlaku, pihak editor dan panel penilai kehilangan masa mereka dan boleh menjejaskan reputasi penulis dan jurnal kerana penerbitan seterusnya perlu ditarik balik.
- Kesilapan penulisan atau atribusi
Semua penulis yang disebutkan harus menyumbang secara signifikan kepada penerbitan penulisan dan memberikan persetujuan mereka.