PERANAN AHLI KARIAH MASJID DALAM MENGIMARAHKAN AKTIVITI-AKTIVITI MASJID: SATU KAJIAN DI MASJID TAMAN BUKIT BENDERA, MENTAKAB, PAHANG DARUL MAKMUR

Authors

  • Aiman Danial Muhyiddin KUIPSAS
  • Azriana Ridouan KUIPSAS

Keywords:

Fungsi Masjid, Peranan Ahli Kariah, Pengimarahan Masjid

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis peranan ahli kariah masjid dalam penglibatan aktiviti mengimarahkan masjid di Masjid Taman Bukit Bendera, Mentakab Pahang Darul Makmur. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana peranan ahli kariah masjid yang menganggap pengimarahan masjid ini bukan hanya terbatas kepada tempat beribadah dan mendirikan solat jemaah sahaja. Oleh itu, kajian ini dilakukan menggunakan kajian lapangan yang mana konsep yang digunakan adalah melalui soal selidik terhadap 60 orang responden yang terdiri daripada 34 orang responden lelaki dan 26 orang responden perempuan. Pengkaji juga menggunakan kaedah analisa dokumen seperti jadual aktiviti masjid dan temu bual bersama ahli pengurusan Masjid Taman Bukit Bendera, Mentakab Pahang Darul Makmur. Bagi mengumpulkan kajian data dan maklumat yang diperlukan, kajian ini terbahagi kepada dua iaitu kajian lapangan dan kajian perpustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan ahli kariah masjid dalam melakukan aktiviti mengimarahkan masjid, pengurusan masjid serta penceramah agama, keseluruhannya adalah baik dan memuaskan.

Downloads

Published

2021-02-23

How to Cite

Aiman Danial Muhyiddin, & Azriana Ridouan. (2021). PERANAN AHLI KARIAH MASJID DALAM MENGIMARAHKAN AKTIVITI-AKTIVITI MASJID: SATU KAJIAN DI MASJID TAMAN BUKIT BENDERA, MENTAKAB, PAHANG DARUL MAKMUR. Jurnal Al-Sirat, 1(19), 117-134. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/35