PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ILMU QIRAAT: KAJIAN LAPANGAN DI KULIAH ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Authors

  • Mohammad Ibrahim Md. Khalis KUIPSAS

Keywords:

Persepsi Pelajar, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Ilmu Qiraat, KIAS

Abstract

Ilmu Qiraat adalah ilmu yang membicarakan mengenai perbezaan bentuk bacaan yang terdapat dalam al-Quran. Dewasa kini, terdapat banyak pusat-pusat pengajian tahfiz dan pusat pengajian tinggi yang menawarkan matapelajaran Ilmu Qiraat. Pengkaji mendapati terdapat perbezaan dari aspek penguasaan pelajar terhadap matapelajaran ini. Hal ini berpunca daripada kepelbagaian metode pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan oleh sesebuah pusat pengajian. Persepsi pelajar mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran Ilmu Qiraat merupakan satu persoalan yang perlu dirungkai. Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan dan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi subjek qiraat di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif dan kuantitatif. Bagi Kaedah Pengumpulan Data, pengkaji telah menggunakan metode temubual, pemerhatian berstruktur dan soal selidik. Seramai 2 orang pensyarah daripada KIAS serta 40 orang pelajar daripada KIAS yang dijadikan sebagai respondan kajian ini. Analisis statistik deskriptif seperti frekunsi, peratusan, min, dan sisihan piawaian dijalankan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pensyarah di KIAS menggunakan pelbagai teknik dan strategi bagi memastikan keberkesanan subjek qiraat terhadap pemahaman pelajar berada pada tahap yang cemerlang. Hasil soal selidik mendapati para pelajar di KIAS cenderung kepada Teknik Moden seperti tugasan dan pembentangan. Kesimpulannya, Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan di KIAS berada pada tahap yang membanggakan tambahan pula penglibatan para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku yang menyebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap kondusif.

Downloads

Published

2021-02-23

How to Cite

Mohammad Ibrahim Md. Khalis. (2021). PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ILMU QIRAAT: KAJIAN LAPANGAN DI KULIAH ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS). Jurnal Al-Sirat, 1(19), 163-179. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/38