APLIKASI TEKNOLOGI MODEN TERHADAP BACAAN AL-QUR’AN: TUMPUAN KAJIAN TERHADAP ENERGI SURAH AL-FATIHAH DAN SURAH YASIN
Keywords:
Energi al-Qur’an, Warna aura, kajian saintifik, Surah al-Fatihah, Surah YasinAbstract
Bacaan Al-Quran telah lama diketahui memiliki kekuatan atau energi yang bersifat positif. Walaupun demikian kajian yang bertujuan untuk membuktikan kewujudan energi Al-Qur’an ini secara saintifik masih sangat kurang dijalankan. Hal ini menyebabkan kesukaran pakar-pakar agama Islam untuk menjelaskan secara ilmiah energi atau kekuatan Al-Qur’an tersebut. Objektif kajian ini ialah menguji dan membuktikan kekuatan atau energi daripada Al-Quran (Surah Al-Fatihah dan Surah Yassin) secara saintifik berdasarkan warna Aura Kajian yang dijalankan adalah kajian kuasi eksperimen dengan rekabentuk kajian berupa pre dan post test. Responden kajian dipilih secara rawak dengan syarat: belia berumur antara 20 – 40 tahun, pelbagai bangsa, responden bukan pelajar atau bekas pelajar tafiz, dan juga bukan guru mengaji. Responden kajian seramai 30 orang yang dibahagikan menjadi DUA (2) kumpulan iaitu: kumpulan responden Muslim (15 responden) dan kumpulan responden bukan Muslim (15 responden). Peralatan kajian yang digunakan adalah peralatan WinAura. Hasil kajian mendapati bahawa warna Aura Surah Al-Fatihah adalah hijau untuk kumpulan responden Muslim dan bukan Muslim. Warna hijau bermakna penyembuhan. Warna Aura untuk Surah Yasin adalah biru bagi kumpulan responden Muslim dan oren untuk kumpulan responden bukan Muslim. Warna biru bermakna kedamaian dan ketaqwaan kepada Allah. Warna oren bermakna perasaan seronok dan semangat hidup. Kajian ini membuktikan bahawa energi atau kekuatan yang dimiliki oleh Al-Qur’an dapat dibuktikan secara ilmiah menggunakan metode penyelidikan dan peralatan moden pada masa kini.