PENGESAHAN ALAT UKURAN KAJIAN SIKAP DAN KEPATUHAN AGAMA TERHADAP PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM: ANALISIS PENGESAHAN FAKTOR (EFA)

Authors

  • Maslina binti Mohamed KUIPSAS
  • Rusliza binti Yahya UPSI
  • Norlia binti Mat Norwani UPSI

Keywords:

Alat Ukuran, EFA, Kepatuhan Agama, Perbankan Islam, Sikap Pengguna

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai alat ukuran yang akan digunakan dalam kajian
Sikap Pengguna dan Kepatuhan Agama Dalam Pemilihan Perbankan Islam. Pembinaan alat ukuran
adalah berdasarkan adaptasi beberapa alat ukuran dari kajian yang lain seperti Hanudin, Abdul
Rahim, Sondoh Jr, & Chooi Hwa (2011), Ramayah, Rouibah, Gopi, & Rangel ( 2009) dan Fauziah,
Ramayah, & Dzuljastri Abdul (2008) serta telah melalui proses pengesahan item penilaian
menggunakan EFA (Exploratory Factor Analysis) dan kebolehpercayaan melalui analisis Cronbach
Alpha. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan berstrata melibatkan 105 orang staf
IPT di 4 buah IPT sekitar daerah Kuantan. Data dianalisis dengan menggunakan faktor analisis dan
EFA dalam SPSS 17.0. Hasil dari pengujian tersebut mendapati ujian KMO dan adalah signifikan di
mana nilainya lebih besar dari 0.5 seperti yang dicadangkan menunjukkan bahawa data tidak
mempunyai masalah multi-kolineariti yang serius dan sesuai untuk menjalani analisis faktor.
Tambahan pula, penilaian tersebut mendapati kesemua pemboleh ubah mempunyai nilai Koefisien
Alpha yang ideal iaitu melebihi 0.7 seperti yang disarankan oleh Nunnally (1978). Berdasarkan
analisis yang dilakukan, Sebanyak 19 item dikekalkan dengan 5 item digugurkan kerana nilai
keseragaman (Rotated Component Matrix) kurang dari 0.60. Kesimpulannya, alat ukuran ini boleh
diterima dan digunakan untuk kajian akan datang.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Maslina binti Mohamed, Rusliza binti Yahya, & Norlia binti Mat Norwani. (2021). PENGESAHAN ALAT UKURAN KAJIAN SIKAP DAN KEPATUHAN AGAMA TERHADAP PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM: ANALISIS PENGESAHAN FAKTOR (EFA). Jurnal Al-Sirat, 1(16), 12-24. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/55