PERBANDINGAN MUSHAF RASM UTHMANI DAN MUSHAF RASM IMLA’I MENURUT PERSPEKTIF KAEDAH RASM SERTA IMPLIKASI PENGGUNAANNYA

Authors

  • Muhamad Fadlly bin Ismail KUIPSAS
  • Nor Hafizi bin Yusof UNISZA
  • Wan Ruswani binti Wan Abdullah POLISAS

Keywords:

Penulisan, Rasm Uthmani, Rasm Imla’i

Abstract

Rasm Uthmani merupakan salah satu cabang dari ilmu-ilmu al-Quran. Ilmu mengenai penulisan al-Quran ini merupakan antara usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh para ulama terdahulu dalam memartabatkan al-Quran kepada masyarakat Islam. Kurangnya pengetahuan masyarakat Islam masa kini terhadap kaedah perbezaan antara Rasm Uthmani dan Rasm Imla’i sebagaimana terhimpun dalam enam perkara iaitu al-Hadhf, al-Ithbat, al-Hamz, al-Badal, al-Fasl, al-Wasl dan perkataan yang boleh dibaca oleh dua Qira’at Mutawatirah yang ditulis salah satunya. Oleh itu, artikel ini merupakan satu usaha pengkaji untuk memperkenalkan kepada masyarakat akan kepentingan memahami kaedah penulisan al-Quran mengikut Rasm Uthmani. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, individu yang memahami dan menguasai ilmu Rasm Uthmani ini akan dapat membaca al-Quran dengan baik. Mereka juga akan dapat mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam penulisan al-Quran disamping menghayati asal usul bermulanya ilmu Rasm Uthmani.

Downloads

Published

2021-11-29

How to Cite

Muhamad Fadlly bin Ismail, Nor Hafizi bin Yusof, & Wan Ruswani binti Wan Abdullah. (2021). PERBANDINGAN MUSHAF RASM UTHMANI DAN MUSHAF RASM IMLA’I MENURUT PERSPEKTIF KAEDAH RASM SERTA IMPLIKASI PENGGUNAANNYA. Jurnal Al-Sirat, 1(17), 1-31. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/61

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)