KEMUNGKIRAN BBA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PASARAN SUKUK MALAYSIA

Authors

  • Nur Liana ‘Aqilah Binti Derus KUIPSAS

Keywords:

BBA, Sukuk, Kemungkiran

Abstract

Di Malaysia, dianggarkan hampir 30 peratus pasaran sukuk adalah berdasarkan konsep BBA. Namun,
isu berkenaan dengan kemungkiran produk BBA adalah sangat tinggi dan ia turut memberi impak
kepada pasaran sukuk iaitu melibatkan Sukuk BBA. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji
kemungkiran kontrak yang berlaku dalam BBA dan implikasinya terhadap pasaran sukuk. Sampel data
terdiri daripada 24 buah kes kemungkiran sukuk di Malaysia yang berlaku dalam tempoh 8 tahun dari
tahun 2002 sehingga 2010. Kajian ini melibatkan pengambilan data daripada sumber sekunder yang
diperoleh melalui kajian perpustakaan dan melalui internet. Dalam mencapai objektif kajian ini,
beberapa kaedah kajian yang digunakan di dalam mengumpul dan menganalisis data yang ditemui yang
melibatkan tiga komponen utama iaitu metode induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati
bahawa kesemua kes kemungkiran yang berlaku bukanlah berpunca daripada faktor Syariah tetapi
disebabkan oleh masalah pengawalseliaan syarikat dan pengurusan projek syarikat yang terbabit.

Downloads

Published

2021-11-29

How to Cite

Nur Liana ‘Aqilah Binti Derus. (2021). KEMUNGKIRAN BBA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PASARAN SUKUK MALAYSIA. Jurnal Al-Sirat, 1(17), 41-61. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/63

Issue

Section

Articles