MUSHAF AL-QURAN SERTA HUBUNGANNYA DENGAN TARIQ AL-SYATIBIYYAH DAN AL-JAZARIYYAH

Authors

  • Felza Zulhibri bin Abd Hamid IIUM

Keywords:

Mushaf al-Quran, Hafs bin Sulayman, Aliran al-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyingkap kefahaman yang tepat mengenai ruang lingkup mushaf al-Quran
dan hubungannya dengan aliran al-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah. Ia juga bertujuan memperlihatkan
secara umum bahawasanya mushaf tersebut mempunyai berbagai cabang ilmu sepertimana yang telah
digarap kan oleh para ulama dalam ilmu ulum al-Quran. Kajian berbentuk deskriptif ini akan
membahaskan pandangan para qurra berkaitan mushaf al-Quran serta cabang ilmu yang berkait dengan
kedua-dua aliran tersebut. Kesemua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil
kajian menunjukkan bahawasanya tidak semua cabang ilmu yang terdapat di dalam mushaf riwayat Hafs
boleh disandarkan kepada tariq al-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah. Hal ini demikian terdapat cabang ilmu
yang telah diakui tawqifiyyah daripada Rasulullah s.a.w.. dan tidak kurang juga yang berdasarkan
ijtihadiyyah daripada para qurra. Maka dengan ini jikalau kefahaman ini tidak diperjelaskan secara
terperinci kepada masyarakat umum, dikhuatiri masyarakat akan terkeliru tentang aspek tawqifiyyah dan
aspek ijtihadiyyah dalam mushaf al-Quran khususnya mushaf riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi.

Downloads

Published

2021-11-29

How to Cite

Felza Zulhibri bin Abd Hamid. (2021). MUSHAF AL-QURAN SERTA HUBUNGANNYA DENGAN TARIQ AL-SYATIBIYYAH DAN AL-JAZARIYYAH. Jurnal Al-Sirat, 1(17), 62-75. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/64

Issue

Section

Articles