JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK NEGERI PAHANG (JPHSNP) DAN PROSES PEWARTAAN FATWA DI NEGERI PAHANG

Authors

  • Muhamad Miziazam bin Yahya JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG

Keywords:

Jawatankuasa Perundangan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP), Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Fatwa

Abstract

Artikel ini ialah mengenai jawatankuasa fatwa yang bertanggungjawab sebagai pemutus hukum yang
mutlak di Negeri Pahang. Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan
Hukum Syarak Negeri Pahang atau ringkasnya sebagai JPHSNP. Objektif penulisan ini adalah untuk
menjelaskan tentang penubuhan, punca kuasa JPHSNP dan proses pewartaan sesuatu fatwa
mengikut undang-undang atau enakmen di Negeri Pahang. Justeru dengan menggunakan metodologi
kualitatif, kajian perpustakaan dan pendekatan kajian kes rencana ini digarap mengikut kronologi
bagaimana Jawatankuasa ini sebelum tahun 1991 lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Syariah yang
ditubuhkan di bawah Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Dipengerusikan
oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri dan dianggotai oleh pakar-pakar yang terdiri daripada ulama
dan profesional yang berasal dari Negeri Pahang. Di bawah naungan MUIP jawatankuasa ini diberi
kuasa untuk memutuskan sebarang hukum (fatwa) yang berkaitan dengan masalah agama di Negeri
Pahang. Dari sudut amalannya apabila telah diputuskan oleh jawatankuasa ini, fatwa-fatwa itu
kemudiannya, dibawa pula ke dalam mesyuarat penuh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu
Pahang (MUIP) yang dipengerusikan oleh Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota
Pahang untuk tujuan pewartaan di Negeri Pahang.

Downloads

Published

2021-11-29

How to Cite

Muhamad Miziazam bin Yahya. (2021). JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK NEGERI PAHANG (JPHSNP) DAN PROSES PEWARTAAN FATWA DI NEGERI PAHANG. Jurnal Al-Sirat, 1(17), 117-131. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/68

Issue

Section

Articles