KAJIAN PERBANDINGAN TERHADAP ISU DAN PERHATIAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA DAN JEPUN

Authors

  • Afifah binti Abdullah KUIPSAS

Keywords:

Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Taska dan Tadika, Jepun dan Malaysia

Abstract

Kajian ini mengisahkan tentang isu-isu dan perhatian terhadap perkembangan awal kanak-kanak di
negara membangun dan negara berkembang. Penulis memilih negara Jepun sebagai negara membangun
memandangkan kecanggihan teknologi dan cara hidup mereka yang sopan dan mengekalkan adat
ketimuran. Bagi negara membangun pula penulis memilih negara kelahiran sendiri iaitu Malaysia.
Malaysia juga terkenal dengan budaya yang bersopan santun dan mengekalkan ciri-ciri ketimuran dalam
pelbagai aspek. Memandangkan kedua-dua buah negara ini tergolong dalam negara Asia, banyak
perbandingan yang dapat dikaji terutama dalam sistem Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Penulis
menggunakan metode tinjauan kajian-kajian lepas untuk kajian ini. Kajian ini dimulakan dengan sejarah
Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia diikuti dengan negara Jepun. Hasil dapatan kajian
mendapati wujud beberapa persamaan dan perbezaan yang boleh ditambahbaik untuk sistem Pendidikan
Awal Kanak-Kanak khususnya di negara kita. Antara perbandingan yang didapati dalam kajian ini ialah
dari segi kurikulum, sistem pendidikan, kaedah pelaksanaan dan pembelajaran, yuran, masa operasi dan
syarat kemasukan.

Downloads

Published

2021-11-29

How to Cite

Afifah binti Abdullah. (2021). KAJIAN PERBANDINGAN TERHADAP ISU DAN PERHATIAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA DAN JEPUN. Jurnal Al-Sirat, 1(17), 150-172. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/70

Issue

Section

Articles