TUAN GURU HAJI ABDUL LATIF BIN ABDUL RAHMAN (1938 –2010 ): SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT PENGKALAN HULU PERAK

Authors

  • Ismail bin Ibrahim UPSI
  • Abd. Rahman bin Abd. Ghani UPSI

Keywords:

Tuan Guru Haji Abdul Latif, Sumbangan dan Pengaruhnya, Masyarakat Pengkalan Hulu

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Latif pada masyarakat
Pengkalan Hulu. Beliau merupakan anak tempatan yang berbakti kepada penduduk terutama dalam
bidang pendidikan. Oleh kerana jasanya yang besar kepada penduduk Pengkalan Hulu maka beliau
dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1414 peringkat negeri Perak. Terdapat dua objektif utama dalam
kajian ini iaitu pertama untuk mengetahui sumbangan beliau kepada masyarakat setempat dan yang
kedua pula ialah untuk mengetahui metode dakwah nya di Pengkalan Hulu. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengetahui pendekatan yang diguna pakai oleh beliau ketika menjalankan aktiviti
dakwah nya. Dalam menyelesaikan dan menyempurnakan kajian ini, dua metode digunakan iaitu
metode perpustakaan dan temu bual bagi memperoleh maklumat berkaitan tajuk yang sedang dikaji.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa beliau berjaya dalam usaha dakwah nya dengan menggunakan
pendekatan secara lembut terutama ketika berdakwah kepada kumpulan ajaran sesat yang dikenali
sebagai Islam Jamaah. Kajian terhadap beliau amat penting kerana sikap dan keperibadian yang
ditunjukkannya amat susah untuk dicontohi kecuali kepada mereka yang benar-benar ikhlas dalam
mempelajari ilmu beramal dengannya. Implikasi daripada kajian ini, bagi mereka yang menceburkan
diri dalam ilmu dan dakwah amat perlu mencontohi sikap, keperibadian dan pendekatan yang
digunakannya malahan pendekatan tersebut bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah Nabi
Muhammad SAW.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Ismail bin Ibrahim, & Abd. Rahman bin Abd. Ghani. (2021). TUAN GURU HAJI ABDUL LATIF BIN ABDUL RAHMAN (1938 –2010 ): SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT PENGKALAN HULU PERAK. Jurnal Al-Sirat, 1(18), 100-116. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/79

Issue

Section

Articles