PENCEROBOHAN TANAH DI CAMERON HIGHLANDS: SATU KAJIAN

Authors

  • Addailamy binti Zainal Abidin KUIPSAS
  • Azriana binti Ridouan KUIPSAS

Keywords:

Pencerobohan Tanah, Elemen Pembuktian, Faktor Pencerobohan, Kesan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keluasan tanah yang di ceroboh dan kesannya, tindakan yang
diambil oleh kerajaan serta punca kegiatan ini berlaku. Terdapat faktor-faktor yang menghalang
daripada menangani masalah ini, penulis ingin menyumbang idea dalam memberi
penambahbaikan dalam langkah-langkah kerajaan untuk mencegah daripada berlakunya
pencerobohan tanah supaya ia dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat. Kajian yang
digunakan ialah kajian lapangan yang mana konsep yang digunakan adalah temu bual bersama
pegawai-pegawai daripada Majlis Daerah Cameron Highlands dan Pejabat Daerah dan Tanah
Cameron Highlands. Data-data yang diperoleh oleh penulis adalah melalui sumber Pejabat
Daerah Dan Tanah, Majlis Daerah, keratan akhbar, internet, jurnal dan kajian yang lepas. Hasil
kajian, mendapati aktiviti yang paling utama dalam konteks pencerobohan tanah di
Cameron Highlands ialah aktiviti pertanian.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Addailamy binti Zainal Abidin, & Azriana binti Ridouan. (2021). PENCEROBOHAN TANAH DI CAMERON HIGHLANDS: SATU KAJIAN. Jurnal Al-Sirat, 1(18), 137-159. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/81

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)