ISU DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Authors

  • Seriayuna binti Sa’don Zubir KUIPSAS

Keywords:

Isu dan Cabaran, Guru Pendidikan Khas, Malaysia, Amerika Syarikat

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji isu dan cabaran yang di hadapi oleh guru Pendidikan Khas di
Malaysia dan Amerika Syarikat menurut perspektif perbandingan. Justeru penulis dapat melihat
persamaan dan perbezaan yang wujud dalam isu guru Pendidikan Khas di kedua-dua buah negara
tersebut. Jika dilihat kepada sorotan sejarah pendidikan khas, pada peringkat permulaan
pelaksanaannya di barat, khususnya di Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Walau
bagaimanapun, perkembangan dan pembangunanya di Amerika lebih cepat dan maju berbanding di
Malaysia. Menurut Khairul (2017) perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia hanya bermula 20
tahun selepas Amerika apabila akta pendidikan 1996 diwartakan sedangkan di Amerika pada 1975
apabila Public Law diperkenalkan. Maka kesan dari aspek pertumbuhan dan kemajuan dalam
pendidikan khas amat besar dan jauh lebih pesat di Amerika. Penulis mendapati wujudnya beberapa
persamaan masalah yang dihadapi oleh guru yang terlibat dengan murid berkeperluan khas di
Malaysia dan Amerika. Antaranya ialah: kelayakan akademik dan perkembangan profesionalisme,
kompetensi dan kemahiran, sokongan dan kemudahan serta sikap dan motivasi.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Seriayuna binti Sa’don Zubir. (2021). ISU DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT: SATU KAJIAN PERBANDINGAN. Jurnal Al-Sirat, 1(18), 170-184. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/83

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)