PENGENALAN TAWJIH RASM UTHMANI DAN HUBUNGANNYA DENGAN ILMU TAFSIR

Authors

  • Muhamad Fadlly Ismail KUIPSAS
  • Wan Ruswani Wan Abdullah POLISAS
  • Wahidah Mat Said POLISAS

Keywords:

Rasm Uthmani, Rasm Imla’i, ilmu Tafsir

Abstract

Rasm Uthmani merupakan salah satu daripada cabang ilmu al-Quran. Penyusunan ilmu ini merupakan antara usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh para ulama besar terdahulu demi memartabatkan al-Quran dalam masyarakat Islam. Hasil penelitian mendapati Tawjih Rasm Uthmani ini mempunyai kaitan dengan ilmu Tafsir di mana setiap perkataan al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan penulisan al-Quran. Ilmu Tafsir pula merupakan ilmu yang membuka dan menjelaskan maksud yang sukar dari suatu lafaz perkataan di dalam al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti metode asas Rasm Uthmani yang diguna pakai oleh penulisan teks al-Quran. Kajian ini juga menganalisis keistimewaan Rasm Uthmani dalam hubungan dengan ilmu Tafsir. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk pengumpulan data daripada sumber primer dan sekunder. Data dikumpulkan daripada buku-buku yang relevan dengan tajuk kajian. Bagi mendapatkan analisis data yang tepat, kajian ini menggunakan sumber primer dan sekunder di samping meneliti metode Rasm. Kajian komparatif digunakan dalam membuat analisis perbandingan dan kesimpulan terhadap data-data yang diperoleh. Hasil kajian mendapati dari sudut keistimewaan kaedah Rasm hubungannya dengan Ilmu Tafsir, antaranya ialah meluaskan maksud perkataan, perkaitannya dengan sebab nuzul dan kesesuaiannya dengan wajah Qiraat yang pelbagai. Kajian ini mencadangkan usaha menyelidik manuskrip-manuskrip berkaitan ilmu Rasm yang masih belum ditemui atau yang belum dicetak diteruskan agar menjadi sumbangan kepada bidang ilmu ini terutama dalam penulisan mushaf.

Downloads

Published

2021-02-23

How to Cite

Muhamad Fadlly Ismail, Wan Ruswani Wan Abdullah, & Wahidah Mat Said. (2021). PENGENALAN TAWJIH RASM UTHMANI DAN HUBUNGANNYA DENGAN ILMU TAFSIR. Jurnal Al-Sirat, 1(19), 58-66. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/29

Most read articles by the same author(s)