TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM NEGERI PAHANG TERHADAP PERANAN MAQASID SYARIAH DALAM MENANGANI WABAK COVID-19

Authors

  • Abdul Halim Abdul Karim KUIPSAS
  • Nurul Syuhadah Azalan KUIPSAS
  • Muhamad Fadlly Ismail KUIPSAS

Keywords:

Maqasid Syariah, Covid-19, wabak, masyarakat Islam

Abstract

Maqasid Syariah yang diterangkan oleh ulama Usul Fiqh merupakan makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia. Maqasid Syariah juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur dan mempertimbangkan sesuatu perkara demi menjamin kemaslahatan dan menolak keburukan. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan kini disebabkan penularan wabak Covid-19 turut melibatkan perubahan dalam pelaksanaan hukum dan ibadat umat Islam di Malaysia. Namun begitu, kefahaman masyarakat tentang agama Islam berada di tahap yang membimbangkan apabila terdapat kenyataan yang bersalahan dengan konsep Islam yang sebenar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan umum masyarakat Islam di negeri Pahang tentang Maqasid Syariah dan mengenal pasti tahap kefahaman dan pengetahuan masyarakat Islam di negeri Pahang terhadap peranan Maqasid Syariah dalam menangani Covid-19. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat dengan tepat. Data kajian didapati melalui teknik persampelan mudah dengan menggunakan instrumen yang diadaptasi daripada kajian yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik KUIPSAS. Data dianalisis dengan statistik min, Ujian-t bebas dan ANNOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan umum masyarakat Islam di negeri Pahang tentang Maqasid Syariah dan tahap kefahaman masyarakat Islam di negeri Pahang terhadap peranan Maqasid Syariah dalam menangani Covid-19 adalah tinggi di samping tiada perbezaan hubungan yang signifikan. Kajian ini mencadangkan usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang Maqasid Syariah perlulah diteruskan dan dihebahkan ke peringkat komuniti dan individu melalui media massa agar mereka sentiasa sedar akan kepentingan ilmu Maqasid Syariah ini.

Downloads

Published

2021-02-23

How to Cite

Abdul Halim Abdul Karim, Nurul Syuhadah Azalan, & Muhamad Fadlly Ismail. (2021). TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM NEGERI PAHANG TERHADAP PERANAN MAQASID SYARIAH DALAM MENANGANI WABAK COVID-19. Jurnal Al-Sirat, 1(19), 151-162. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/37