PENDEKATAN BAHASA SOPAN DALAM AL-QURAN SATU KAJIAN DARI PERSPEKTIF SURAH YUSUF

Authors

  • Muhamad Fairuz bin Ali KUIPSAS
  • Che Radiah binti Mezah UPM
  • Mohd Sukki bin Othman UPM

Keywords:

Bahasa Sopan, Surah Yusuf, Dakwah

Abstract

Al-Quran merupakan kitab suci yang menjadi panduan kepada seluruh umat Islam. Mesej dan bahasa yang disampaikan menggambarkan hikmah dan ilmu yang melimpah untuk para pembaca. Salah satu aspek terpenting ialah penggunaan bahasa yang indah dan sesuai bagi memastikan kejayaan penyampaian mesej di dalamnya. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat pendekatan bahasa sopan dalam al-Quran agar menjadi contoh kepada para pendakwah dan masyarakat dalam menggunakan bahasa sopan kepada para mad'u. Kajian yang berteraskan kualitatif ini memaparkan contoh-contoh bahasa sopan yang terkandung dalam surah Yusuf. Dapatan kajian seterusnya memaparkan beberapa penemuan penggunaan bahasa sopan yang mengandungi nilai pendidikan, kelembutan, hikmah dan tatasusila. Hasil analisis turut menemukan nilai pendidikan akhlak terhadap diri sendiri, golongan wanita, hubungan kekeluargaan dan yang lebih utama, akhlak kepada Allah. Kesimpulannya, kajian tentang pendekatan bahasa sopan ini dapat dijadikan panduan kepada semua golongan dalam aspek penggunaan bahasa yang sesuai pada tempat dan situasinya. Ia juga dapat dijadikan panduan dalam berdakwah secara menyeluruh, berkesan dan multidimensi.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Muhamad Fairuz bin Ali, Che Radiah binti Mezah, & Mohd Sukki bin Othman. (2021). PENDEKATAN BAHASA SOPAN DALAM AL-QURAN SATU KAJIAN DARI PERSPEKTIF SURAH YUSUF. Jurnal Al-Sirat, 1(16), 1-11. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/54