TAHAP PERSEPSI PELAJAR BAHASA ARAB TERHADAP EFIKASI KENDIRI DALAM MEMBACA

Authors

  • Nur Hasimah binti Abdullah UPM
  • Che Radiah binti Mezah UPM
  • Nik Farhan bin Mustapha UPM

Keywords:

Efikasi Kendiri, Membaca, Bahasa Arab

Abstract

Isu kelemahan yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran membaca sering diperbahaskan oleh
pihak sarjana. Berdasarkan perbahasan mengenai kelemahan dalam penguasaan bahasa Arab
khususnya kemahiran membaca adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu iaitu faktor luaran dan
dalaman. Faktor luaran tertumpu kepada kelemahan penguasaan kosa kata, teknik dan strategi.
Manakala kelemahan faktor dalaman kemahiran membaca bergantung kepada kurangnya efikasi
kendiri, motivasi, minat dan sebagainya. Efikasi kendiri merupakan faktor penting dalam membaca.
Ini kerana ia dapat meningkatkan kepercayaan dan daya usaha pelajar terhadap kebolehan membaca
sebagai pembaca yang berjaya. Justeru, kajian ini membincangkan tahap persepsi pelajar bahasa
Arab terhadap efikasi kendiri dalam membaca di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sebanyak
252 orang pelajar dari empat buat IPTA dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Kajian yang
dijalankan ini menggunakan kaedah kuantitatif. Satu set instrumen soal selidik digunakan oleh kajian
ini untuk mengumpulkan data kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi pelajar bahasa
Arab terhadap efikasi kendiri dalam membaca adalah rendah. Ini menunjukkan bahawa kelemahan
penguasaan membaca bahasa Arab mempunyai perkaitan dengan faktor efikasi kendiri.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Nur Hasimah binti Abdullah, Che Radiah binti Mezah, & Nik Farhan bin Mustapha. (2021). TAHAP PERSEPSI PELAJAR BAHASA ARAB TERHADAP EFIKASI KENDIRI DALAM MEMBACA. Jurnal Al-Sirat, 1(16), 48-60. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/58