ANALISIS PENGARUH TAFSIR AL-BAYDAWI DALAM TAFSIR TURJUMAN AL-MUSTAFID

Authors

  • Ahmad Baha’ bin Mokhtar UNISSA
  • Ahmad Effat bin Mokhtar KUIPSAS

Keywords:

al-Baydawi, Tafsir, Turjuman al-Mustafid

Abstract

Kertas ini mengkaji pengaruh tafsir al-Baydawi dalam tafsir Turjuman al-Mustafid karangan
Abd Rauf al-Singkili. Isu yang dikaji ialah sejauh mana kandungan tafsir Turjuman al-Mustafid
terpengaruh dengan tafsir al-Baydawi. Persoalan ini timbul berpunca daripada tulisan di muka
hadapan tafsir Turjuman al-Mustafid yang menyatakan bahawa kitab ini adalah terjemahan
daripada tafsir al-Baydawi. Dalam pada itu, terdapat kajian lain yang berpendapat bahawa
Turjuman al-Mustafid bukanlah terjemahan daripada tafsir al-Baydawi bahkan ia lebih hampir
kepada terjemahan daripada tafsir Jalalayn. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis
kedua-dua tafsir ini dan membuat perbandingan antara keduanya bagi mengetahui sejauh mana
pengaruh Tafsir al-Baydawi dalam penulisan Turjuman al-Mustafid seterusnya menyatakan
kedudukan sebenar tafsir ini. Kajian ini menggunakan metode pengumpulan data berdasarkan
kajian perpustakaan terhadap sumber primer dan sekunder bagi mencari data berbentuk
perbandingan. Berdasarkan analisis kajian mendapati perbezaan yang ketara antara kandungan
Turjuman al-Mustafid dengan Tafsir al-Baydawi. Turjuman al-Mustafid adalah terjemahan
makna ayat-ayat al-Quran dengan tambahan huraian tafsir, kisah dan huraian ilmu qiraat pada
bahagian tertentu. Manakala huraian tafsir dalam kitab tafsir al-Baydawi lebih panjang dan luas
perbahasannya. Justeru kitab Turjuman al-Mustafid bukanlah terjemahan daripada al-Baydawi
sepenuhnya, hanya terdapat petikan tertentu sahaja diambil daripada al-Baydawi.

Downloads

Published

2021-11-29

How to Cite

Ahmad Baha’ bin Mokhtar, & Ahmad Effat bin Mokhtar. (2021). ANALISIS PENGARUH TAFSIR AL-BAYDAWI DALAM TAFSIR TURJUMAN AL-MUSTAFID. Jurnal Al-Sirat, 1(17), 85-95. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/66

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)