PERANAN BADAN-BADAN DAKWAH DALAM MENDEKATI GOLONGAN GELANDANGAN: SATU TINJAUAN

Authors

  • Abdul Halim bin Abdul Karim KUIPSAS
  • Ahmad Effat bin Mokhtar KUIPSAS

Keywords:

Gelandangan, Badan-Badan Dakwah, Pendekatan Dakwah, Kerohanian, Daya Hidup

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji peranan badan-badan dakwah dalam negara kita dalam mendekati
golongan gelandangan. Dewasa ini, isu gelandangan banyak diperbincangkan dan menjadi agenda
penting di Malaysia. Pelbagai pihak telah tampil untuk membantu golongan tersebut termasuk badanbadan
dakwah juga dilihat semakin peka terhadap golongan ini. Walaupun pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pelbagai pihak, namun golongan ini lebih dilihat memerlukan bantuan pada sudut
kerohanian kerana ia boleh membangunkan semula daya hidup mereka. Kajian ini berbentuk
kualitatif yang mengguna pakai kaedah analisis teks bagi mengenal pasti peranan badan-badan
dakwah mendekati gelandangan. Ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti cara berdakwah yang
sesuai diaplikasikan kepada gelandangan serta meneliti dan meninjau pendekatan dakwah yang telah
dijalankan oleh badan-badan dakwah kepada gelandangan. Persoalan adakah aktiviti pendakwahan
telah dijalankan dan bagaimana mereka menerima dakwah. Hasil kajian telah menunjukkan
keperluan terhadap bantuan kerohanian amat penting bagi mengukuhkan pegangan agama dan
pembinaan daya hidup dalam kalangan gelandangan. Kajian ini seterusnya memberikan implikasi
positif dan impak yang besar kepada YADIM, Majlis Agama Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri,
PERKIM, IKRAM dan lain-lain pertubuhan dalam mencari pendekatan yang terbaik dan tersusun
bagi menangani masalah gelandangan.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Abdul Halim bin Abdul Karim, & Ahmad Effat bin Mokhtar. (2021). PERANAN BADAN-BADAN DAKWAH DALAM MENDEKATI GOLONGAN GELANDANGAN: SATU TINJAUAN. Jurnal Al-Sirat, 1(18), 1-18. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/72

Issue

Section

Articles