LATAR BELAKANG DAN PEMIKIRAN TASAWUF ABU NASR AL-SARRÓJ DALAM KARYANYA AL-LUMA’: SATU ANALISIS

Authors

  • Safiah binti Abd Razak KUIPSAS
  • Che Zarrina binti Sa’ari UM
  • Syed Mohammad Hilmi bin Syed Abdul Rahman UM

Keywords:

Abu Nasr al-SarrÉj, Tasawuf, Kitab al-Luma’ fÊ TÉrikh al-Tasawwuf al-IslamÊ

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji membincangkan latar belakang AbË Nasr al-TËsi al-SarrÉj,
seorang ulama tasawuf yang hidup sekitar abad ketiga hijrah. Kajian ini turut menyingkap pemikiran
tasawuf al-SarrÉj yang tercerna dalam penulisan karya beliau al-Luma’ fÊ TÉrikh al-Tasawwuf al-
IslamÊ. Kajian ini menggunakan metode kepustakaan dengan menggunakan data primer dan data
sekunder. Data primer diperoleh daripada karangan beliau iaitu kitab al-Luma’ fÊ TÉrikh al-
Tasawwuf al-IslamÊ manakala data sekunder diperoleh daripada tulisan para ilmuwan tentang al-
SarrÉj. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-SarrÉj merupakan salah seorang ulama tasawuf yang
hebat, mampu menghuraikan pandangan para shaykh tasawuf, seorang sufi yang berpegang kepada
al-Quran dan sunnah, menguasai ilmu fiqh, bermazhab syafi’i, berpegang teguh dengan mazhab Ahli
sunnah wa al-Jamaah serta diakui kesarjanaan nya. Konsep dan kefahaman tasawuf yang
dikemukakan oleh al-SarrÉj adalah tasawuf akhlaki iaitu pendekatan membimbing ke arah
kesungguhan dalam beribadah, kemurnian jiwa dan pembinaan akhlak terpuji. Menurut beliau ilmu
tasawuf merupakan ilmu yang penting dalam usaha membersihkan jiwa manusia daripada kekotoran.
Ilmu tasawuf berpaksikan al-Quran dan sunnah dan mempunyai kaitan erat dengan ilmu-ilmu Islam
lain seperti ilmu fiqah dan akidah. Malahan beliau juga merupakan ulama tasawuf yang bangun
mempertahankan ilmu tasawuf daripada sebarang penyelewengan atau gerakan yang cuba
memadamkan keutamaan ilmu tasawuf dalam membangunkan aspek rohani manusia.

Downloads

Published

2021-03-27

How to Cite

Safiah binti Abd Razak, Che Zarrina binti Sa’ari, & Syed Mohammad Hilmi bin Syed Abdul Rahman. (2021). LATAR BELAKANG DAN PEMIKIRAN TASAWUF ABU NASR AL-SARRÓJ DALAM KARYANYA AL-LUMA’: SATU ANALISIS. Jurnal Al-Sirat, 1(18), 33-46. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/74

Issue

Section

Articles