PEMIKIRAN RAPUH JOSEPH SCHACHT TERHADAP KRITIKAN HADITH: TUMPUAN TERHADAP ISU TADWIN AL-HADITH

Authors

  • Abu Dzar Ahmad KUIPSAS
  • Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi

Keywords:

pemikiran orientalis, Joseph Schacht, Tadwin al-Hadith, sanggahan

Abstract

Tadwin al-Hadith adalah bukti kukuh kewujudan hadith yang direkod mengikut piawaian dan disiplin ilmu sanad. Pembukuan hadith ini juga bergantung kepada individu yang diiktiraf ketokohannya menurut ulama nuqqad. Namun, orientalis Barat telah muncul dengan pemikiran dan pandangan tersendiri terhadap hadith-hadith yang dibuku berdasarkan penghujahan mereka yang tidak konkrit. Pemikiran orientalis yang mempertikaikan Tadwin al-Hadith terlalu rapuh untuk dijadikan sandaran. Oleh itu, artikel ini menganalisis pemikiran orientalis khususnya Joseph Schacht terhadap kronologi pembukuan hadith. Kajian ini menggunakan teknik penyelidikan perpustakaan secara deskriptif. Kajian ini juga menunjukkan pemikiran Joseph Schacht bertentangan dengan prinsip Islam sebenar bahkan meragukan masyarakat untuk dirujuk. Oleh demikian, sebagai konklusi kajian ini akan membincangkan kedangkalan pemikiran yang dicetuskan oleh Joseph Schacht serta menjawab setiap kenyataan dengan sanggahan yang dirumus.

Downloads

Published

2021-02-23

How to Cite

Abu Dzar Ahmad, & Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi. (2021). PEMIKIRAN RAPUH JOSEPH SCHACHT TERHADAP KRITIKAN HADITH: TUMPUAN TERHADAP ISU TADWIN AL-HADITH. Jurnal Al-Sirat, 1(19), 1-11. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/21